Sunday, 26 November 2017

Temperature of Love_daus


TEMPERATURE OF LOVE
oleh daus

Rating Keseluruhan Drama:  (6.6+8.0+8.5+4.8+2.0) =29.9/4=7.48)

Kritik Keseluruhan: "Tak banyak boleh dipuji tentang plot cerita melainkan hanya sekadar mengesahkan cinta buta sedemikian semenangnya wujud. Jalan ceritanya begitu mudah dan tak terlalu "cheesy" tapi plotnya kurang dramatik dan tak perlu perhatian penonton untuk penilaian secara moral. Namun di sebalik garapan cerita yang terlalu longgar tentang romantik yang dipersembahkan, penulis mampu menyediakan perwatakan yang seimbang serta dibantu dengan teknik pengarahan yang memantapkan visualiti, akhirnya mampu mengekalkan tontonan sehingga habis."

1. Cerita  (6.6/10)


Drama berkisarkan pasang surut berlaku apabila sedang bercinta seperti yang penulis nukilkan sebagai tema dramanya , "Suhu sesebuah percintaan".
Konsep drama ini tidak ‘direct-to-the-point’ tentang bagaimana merpati dua sejoli ini pada mulanya bertemu sebagai ‘stranger’ sebelum kedua-duanya mengaku jatuh antara satu sama lain pada pandangan pertama.

Setelah menjalinkan hubungan cinta, mereka mendapati mereka tak serasi sebagai pasangan lalu memilih untuk berpisah akhirnya. Namun takdir menemukan mereka semula kali ini dengan keadaan berbeza seperti dijelaskan di atas. Penulis menterjemahkan maksud ‘Temperature Love’ sebagai genjatan cinta yakni fasa beralihnya dari pengenalan kepada pencarian cinta sebenar yang lebih kukuh tanpa ragu-ragu. Oh Jung Sun  mengaku dia jatuh cinta dengan Lee Hyun Soo pada pandang pertama  tapi ditolak Lee Hyun Soo kerana memikirkan Jung Sun masih muda dan dia belum terbuka hati untuk menerima cinta orang yang lebih muda daripadanya.


Lee Hyun Soo hanya menyedari dia sebenarnya mencintai Oh Jung Sun setelah Oh Jung Sun menghilangkan diri bertahun-tahun. Rindu terhadapnya bertukar kepada cinta. Hyun Soo ketika ini  turut dilayan baik oleh seorang lelaki merangkap CEO syarikat hiburan ON, Jung Woo (Kim Jae Wook).

Sebaik saja Jung Soon kembali ke Korea, Hyun Soo segera menyatakan isi hatinya yang terpendam selama ini. Mereka ber’dating’ sehinggalah berlakunya fasa ‘break up’ dalam episod 16 (31 & 32 di korea) yakni dinamakan penulis skrip ini sebagai naik turun atau suhu sesuatu hubungan.
Lee Hyun Soo mahu berpisah setelah mengenangkan hubungan mereka tak dapat diteruskan.

Oh Jung Sun menangis melihat Lee Hyun Soo gembira bersama dengan Jung Woo sebaik saja mereka mengumumkan perpisahan.


Alasan Hyun Soo kali ini kerana mereka tak sepakat dalam menceritakan secara terbuka tentang hal peribadi masing-masing. Hyun Soo mendakwa Jung Soon terlalu berkeras kepala dan suka menyimpan rahsia sendirian tanpa berkongsi perasaan dengan wanita yang disukainya. Ini membuatkan Hyun Soo berasa tawar hati seketika untuk meneruskan perhubungan mereka. Sementera itu, Jung Woo pula masih melayan Hyun Soo dengan baik dengan mengambil hati ibubapanya sewaktu ibunya terlantar di hospital. Namun, Hyun Soo tetap menolak cinta Jung Woo.

Tak mahu menyesali kerana terlalu ego sebelum ini, kedua-duanya bersemuka kembali. Jung Sun merendahkan egonya dan mula menerima pandangan Hyun Soo secara terbuka manakala Hyun Soo pula sudah sedar dirinya memerlukan Jung Sun lebih daripada apa yang dikehendakinya. Mereka berkahwin pada akhir episod yang ditayangkan.

Kesimpulan daripada plot yang dibentangkan, tak banyak boleh dipuji hanya sekadar mengesahkan cinta buta sedemikian semenangnya wujud. Jalan cerita begitu mudah dan tak terlalu "cheesy" tapi plotnya kurang dramatik dan tak perlu perhatian penonton untuk penilaian secara moral. Namun di sebalik garapan cerita yang terlalu longgar tentang romantik yang dipersembahkan, penulis mampu menyediakan perwatakan yang seimbang akhirnya mampu mengekalkan tontonan sehingga habis.


                                    
2. Keberkesanan Lakonan (8.0/10)
Boleh dipuji untuk beberapa aspek tertentu saja.

Seo Hyun Jin - Lee Hyun Soo [Best Actress]
Sememangnya untuk membawakan watak yang merendahkan taraf wanita ataupun mendedahkan kelemahan mereka boleh membuatkan sesiapa saja meluat dan benci padanya. Seo Hyun Jin amat berjaya menghasilkan Lee Hyun Soo dengan keadaan wanita berusia yang kurang matang dan tergedik-gedik kerana mahu menegakkan cinta dengan lelaki lagi muda daripadanya. Orang kata, apabila seseorang itu sedang bercinta, nasihat orang lain terus di pandang enteng. Sebuah lakonan yang berkelas daripada aktress yang tak berkisah dengan imejnya!


Yang Se Jong - Oh Jung Sun
Walaupun usia pelakon ini agak muda, tapi dia mampu menampilkan watak lelaki yang matang dan menjadi pelindung kepada Lee Hyun Soo. Tutur katanya kemas dan kredibilitinya terserlah sebagai seorang tukang masak berbakat di samping sebagai seorang yang begitu memerlukan cinta untuk menaikkan keyakinan dirinya. Tidak patriaki seperti bapanya walaupun sedikit berkeras kepala, Oh Jung Sun membuktikan dia boleh menerima pandangan orang lain. Kekurangan ialah sedikit membosankan menjadikan lakonannya hanya sekadar memenuhi tuntutan watak itu saja.


Kim Jae Wook - Jung Woo
Jung Woo seorang sering memikirkan dan menyelesaikan permasalahan orang lain berbanding dirinya. Atas sebab itu, dia sering dipergunakan dan kadang-kadang layanan baiknya boleh ditafsirkan sebagai cinta yang harus dibalas. Perwatakannya tiada turun naik dan "stagnant". Walaubagaimanapun, lakonan boleh dipuji cuma perlukan lebih "kick".


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.5/10)
Walaupun jalan cerita berbaur kelemahan, teknik pengarahan banyak membantu menyelamatkan drama ini.
Respek kepada pengarah yang berjaya menjadikan  dramanya lengkap dengan aturan yang sangat memikat pandangan mata! Walaupun "settings" drama hanya berkisarkan tempat yang sama berulang-ulang kali, tapi dengan teknik kamera yang menangkap halwa sinematografi, ia membuatkan penonton tidak terasa bosan. Contohnya, adegan memasak dalam dapur restoren beberapa kali ditunjukkan dalam drama ini tidak membosankan kerana pengarah berjaya "innovate" keindahan seni persekitarannya. Visual dihasilkan sangat mantap menaikkan lagi aroma percintaan merpati dua sejoli ini. Ibarat menonton filem penuh romantis, Titanic, seboleh-bolehnya Temperature of Love berjaya mendakap anda mendalami interaksi yang penuh ‘chemistry’ antara mereka.

Apapun, kerana terlalu banyak teknikal ia seolah-olah mengurangkan "soulness" dan kemaknaan sesuatu cerita. Mungkin boleh diperbaiki lagi di kemudian hari.

[Best Cinematography]

4. Skor muzik (4.8/5)


Tak lupa juga, drama ini punyai runut bunyi yang menyebabkan sesiapa saja mudah terbuai perasaan. Instrumental dimainkan kedengaran menusuk kalbu, tetapi dalamannya sangat ‘refreshing’. Dendangan muzik ‘Back to Black’ oleh Amy Winehouse disadurkan dengan instrumental tersebut menambahkan lagi sudut keromantisan antara mereka.

[Best Original Score - Instrumental]


Cuba dengar kedua-dua insturmental di bawah, betapa indahnya muzikal itu dimainkan.



 
Antara lagu yang menjadi pilihan ialah

1. The Ending Only I Know 나만 아는 엔딩     Stella Jang (스텔라장)





2. It Has To Be You 꼭 너여야 해     Lee Bong Goo (이봉구) of Gilgubongu


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Sesuai untuk sesiapa yang meminati drama romantik.

Rating Keseluruhan Drama: (6.6+8.0+8.5+4.8+2.0) =29.9/4=7.48)
Nomination: Seo Hyun Jin

No comments:

Post a Comment