Sunday, 3 December 2017

Because This Is My First Life_daus


Because This Is My First Life
oleh daus
 
 
Rating Keseluruhan Drama:  (9.0+8.5+8.0+2.5+4.5) =32.5/4=8.13)
Kritik Keseluruhan: "Sebuah naratif percintaan "Bilik 19" yang indah dan realistik serta harus difahami daripada konteks literalnya. Keabstrakannya tak terlalu merumitkan malah menjadikan plot ceritanya lebih menghiburkan kerana penuh dengan kemaknaan isinya dan dokongan pada isu-isu feminism dialami wanita. Tak sempurna tapi wajar untuk ditonton buat semua peminat Kdrama."
1. Cerita  (9.0/10)
Kehidupan rumah tangga tak selalunya indah belaka, ada didugai dengan berbagai ragam dan pancaroba. Ada yang berkahwin kerana cinta. Ada juga yang berkahwin kerana dijadikan sebagai teman hidup.

Drama tvN Because This My First Life membuka perspektif lebih terbuka tentang maksud perkahwinan yang seharusnya dimulai dengan cinta. Cinta mungkin berputik pertama kali sewaktu berkahwin, begitulah apa dapat dihayati melalui drama ini.

Nam Se Hee (Lee Min Ki) seorang  “nerd” yang eksentrik,  minat membela kucing, lebih mementingkan hal privasi diri, dan juga sukar untuk menunjukkan emosi  menjadikannya seorang yang agak anti-sosial di kalangan rakan-rakan sekerjanya. Satu hari, dia menjumpai seseorang yang begitu ngam dengan kehendak dan minatnya. Gadis yang periang dan berpendirian teguh itu dijadikan teman serumahnya sehinggalah dia mengambil keputusan untuk melamarnya menjadi isterinya. Ironinya, mereka tidak langsung mencintai antara satu sama lain walaupun duduk serumah. Malah, perkahwinan mereka dijadikan lampiran di atas satu kontrak seolah-olah mereka sekadar antara tuan rumah dan penyewa yang tinggal serumah bersama-sama. Bagaimana mereka akan melayari rumah tangga yang sememangnya perlu berdiri atas dasar cinta?

Se Hee berlari “menyelamatkan” Ji Ho daripada genggaman Bok Nam.

Di sinilah, drama tvN Because This My Life membawa kita menyedari bahawa kefahaman, toleransi dan kesungguhan membawa kepada cinta selepas berkahwin. Se Hee yang berpendirian tak mau hubungan mesra tapi sebagai teman serumah pada awalnya telah terbuka hati menerima “cinta” daripada isterinya, Yoon Ji Ho (Jung So Min) setelah beberapa kali usaha dilakukannya. Ji Ho mula meminati Se Hee kerana selalu muncul ketika dia dalam keadaan kesusahan dan harga diri yang rendah. Contohnya, sewaktu dia dikecewakan lelaki yang disukainya, Se Hee datang  menghiburkan hatinya dengan kata-kata pujangga. Sewaktu Ji Ho hampir-hampir diperkosa sehingga menyebabkannya hilang pekerjaan, Se Hee menawarkannya duduk serumah dengan ikatan perkahwinan. Sewaktu Ji Ho hampir diserang, Se Hee menerpa dan menyelamatkannya.Perlakuan Se Hee yang dikatakan bukan dilahirkan kerana cinta ini  telah membuatkan Ji Ho semakin lama semakin mencintai Se Hee dengan sepenuh hati.

Ji Ho memberitahu kawan-kawannya bahawa dia mencintai Se Hee, impian yang dia cari selama ini.

Se Hee gembira bukan kepalang apabila Ji Ho datang menemuinya.

Antara perkara penting dalam sebuah perkahwinan ialah kefahaman dan toleransi. Se Hee dan Ji Ho sudah pun menyelami hati budi dan minat masing-masing sebelum mereka melangkah ke fasa perkahwinan.  Se Hee mahu Ji Ho menghormati kehendaknya selaku tuan rumah dan sebagai ganti, Ji Ho boleh menduduki rumah itu bersama sebagai isteri yang sah dari segi undang-undang. Ji Ho menyedari sifat eksentrik suaminya dengan kata-katanya kadang-kadang menyakitkan hati, tapi dia bersabar dan menerimanya seadanya. Pada mulanya, Se Hee meletakkan benteng untuk mengelakkan mereka bermesra tak lebih daripada teman serumah dengan menyatakan dia tak selesa. Ji Ho terpaksa menerimanya tapi dalam masa yang sama juga menunjukkan protesnya. Ji Ho  buat endah tak endah apabila diajukan tentang hubungannya dengan seorang lelaki. Sifat ingin tahu Se Hee tentang hubungan Ji Ho dan Bok Nam (Kim Min Kyu) telah membuatkannya mula berwaspada dan mengambil berat tentang hidup Ji Ho di luar. Se Hee berlari-lari “menyelamatkan” Ji Ho daripada diserang Bok Nam. Situasi yang tak terjangka daripada Se Hee ini telah menyebabkan Ji Ho jatuh cinta terhadap suaminya dan diakui sendiri kepada kawan-kawan rapatnya. Kali ini, mereka mula berlapang dada dan menceritakan tentang hal peribadi sendiri.

Se Hee dangn rakus memulakan langkah mengucupi Ji Ho.

Se Hee dan Ji Ho ber’dating’ buat pertama kali.

Tapi, ia belum cukup lagi kerana hanya Ji Ho saja mencintai suaminya. Seperti seorang pemain pertahanan (defender) , Ji Ho merasakan dia perlu jadi pemain penyerang (striker). Ji Ho memaksa Se Hee yang begitu takjub dengan peraturan hidup, melakukan jua apa dia telah buat selama ini tanpa kerelaan sendiri. Se Hee bersetuju dan pergi menemui ibubapa Ji Ho, membantu menyiapkan kimchi. Se Hee kekalutan kerana dia tak pernah melakukan kerja-kerja berat selama ini tapi dia gembira kerana dapat menyiapkan “tugasan” mesti ditunaikan. Lagi-lagi, kehadiran Ji Ho di saat-saat terakhir membuatkan Se Hee terus tersenyum kegirangan. Kali ini, Se Hee dulu memulakan langkah mengucupi Ji Ho. Ji Ho tersedar bahawa Se Hee juga sudah mula mencintai dirinya. Kesungguhan ini telah memikat hati suaminya yang membatu dan buat hal sendiri berubah kepada seorang yang mula bertimbang rasa dan memikirkan perasaan orang lain.

Se Hee mengajak Ji Ho tidur bersama untuk pertama kali.

tvN Because This is My Life tak henti daripada itu saja. Se Hee mula belajar macammana untuk “berdating” dan memikat surihatinya pula. Tambahan  mengejutkan apabila Se Hee yang selalu menguncikan pintu biliknya datang tiba-tiba ke bilik Ji Ho menawarkannya untuk tidur bersama. 

Drama ini tak perlu plot yang "straight-to-the-point" kerana ia sentiasa meninggalkan ruangan untuk penonton berfikir sejenak. Tapi dalam menyampaikan keabstrakannya, kadang-kadang boleh buat penonton tersingkap kerana pentingnya sesuatu mesej itu difahami secara literal. "Bilik 19" merupakan satu tema yang sangat kuat untuk penonton memikirkan: adakah hanya tinggal di bilik 19 sudah memadai, atau perlukah untuk melakukan perubahan keluar dari ruang keselesaan bilik tersebut? Berbagai intepretasi boleh dicapai menerusi maksud literal bilik 19 ini. Apapun, mesejnya jelas sesuatu perubahan perlu dilakukan untuk memastikan impian tercapai akhirnya.

Penulis skrip ini pandai memperjuangkan isu-isu semasa feminism dalam kerangka penulisannya sendiri. Penulis menggerakkan "heroin" untuk memperjuangkan haknya sebagai isteri dan juga wanita daripada dikongkong sepenuhnya oleh lelaki. Contohnya, perkahwinannya dengan Se Hee asalnya tak berlandaskan atas cinta, tetapi persetujuan mereka kerana minat dan tujuan yang sama. Tak berkonsepkan patriaki yang mana keseluruhan keputusan hanya pada lelaki saja, Ji Ho berjaya membawa perkahwinannya dalam dasar dan toleransi bersama yang mana haknya sebagai isteri tetap terbela. Di akhir cerita, masalah utama yang membarah dalam kehidupan rumah tangga mereka, apabila Ji Ho tetap dengan pendiriannya mahu melihatkan Se Hee menunjukkan emosi di hadapannya. "Ugutan" manja yang dilakukannya berhasil apabila Se Hee secara terbuka meluahkan rasa rindu, kecewanya dan marahnya pada tindakan Ji Ho yang tegas menuntut penceraian sebelum ini.

Satu adegan yang saya rasa agak kuat sewaktu Se Hee yang terlalu rindukan Ji Ho, menyangka Ji Ho datang ke dalam mimpinya dan tidur bersebelahan dengannya. Se Hee meluahkan segala perasaan rindunya terhadap Ji Ho sambil air matanya mengalir pertama kali di hadapan isterinya. Adegan yang tak perlukan penjelasan lanjut,kerana dari sinilah, matlamat Ji Ho melihat Se Hee menangis akhirnya tercapai.

Drama ini tak memfokuskan cinta antara Se Hee dan Ji Ho saja, tetapi cinta antara kawan antara mereka. Mesejnya tetap lebih kurang sama, apabila bercinta, perlu lah atas dasar toleransi dan memahami antara satu sama lain. Jelas, mengawal perhubungan tidak menjamin kebahagiaan.

                                     
2. Keberkesanan Lakonan (8.0/10)
Perwatakan yang menarik tapi yang saya akan ulas hanya tiga aktor ini saja.

Yoon Ji Hoo - Jung So Min [Best Actress]
Ji Ho seorang yang tampak naif , 'introvert' dan suka menuruti kehendak / perintah orang lebih dominan daripadanya. Tapi pada suatu masa, beliau juga seorang yang tegas dalam memastikan hak dan impiannya tercapai. Jung So Min berjaya menampilkan "Yoon Ji Hoo" daripada olahannya tersendiri, sesuatu yang lain kebiasaannya untuk watak heroin yang agak "outspoken" dalam drama korea sebelum ini. Tidak perlu terpekik merajuk, hanya emosi secara "subtle" saja sudah mampu menggerakkan hati penonton tentang apa yang Ji Ho mahu laksanakan.


Lee Min Ki - Nam Se Hee [Best Actor]
Nam Se Hee (Lee Min Ki) seorang  “nerd” yang eksentrik,  minat membela kucing, lebih mementingkan hal privasi diri, dan juga sukar untuk menunjukkan emosi  menjadikannya seorang yang agak anti-sosial di kalangan rakan-rakan sekerjanya. Satu lakonan yang agak baik kerana tak perlu banyak bicara, sudah memadai untuk kita memahaminya!


Esom  - Soo Ji [Best Supporting Actress]
Esom bagi saya, lakonannya lebih kompleks dan menyerlah ketrampilannya berbanding Lee Min Ki dan Jung So Min. Soo Ji, seorang yang alami dilema kerana terpaksa menahan gangguan seksual dan cemuhan oleh rakan-rakan sekerja yang majoritinya lelaki. Bertemu dengan lelaki yang sangat kontra dengan dirinya dan juga lelaki dia biasa ketemui selama ini, Soo Ji terbuka hati menerima "cinta" yang semenangnya dianggapnya sebagai satu permainan saja sebelum ini. Soo Ji sudah mula melawan dan memperjuangkan haknya. Lakonan yang "independent" , tegas dan hebat menjadikan watak Soo Ji sesuatu watak yang agak sukar untuk dilupai!

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8.0/10)Perjalanan "slice-of-life" yang agak menarik dibantu teknik pengarahan mendalamkan lagi maksudnya seharusnya boleh dipuji keberkesanannya. Cuma, jika boleh dipelbagaikan penggunaan kamera dan suntingan untuk pemantapan plot cerita, akan menjadikan cerita ini lebih masyuk. Terlalu banyak "naik-turun" kadang-kadang boleh buatkan penonton terasa bosan.

4. Skor muzik (2.5/5)
Kebanyakan OSTnya tak terlalu catchy tetapi mendamaikan.
Lagu yang feveret dan sangat sesuai dengan team drama, lagu jazz di bawah:

Melomance - I Want To Love



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Wajar untuk ditonton.

Rating Keseluruhan Drama:  (9.0+8.5+8.0+2.5+4.5) =32.5/4=8.13)
Nomination: Eosom, Lee Min Ki, Jung So Min

No comments:

Post a Comment