Wednesday, 4 October 2017

Live Up To Your Name_daus

LIVE UP TO YOUR NAME



Rating Keseluruhan Drama:  (6.5+7.0+7.7+4.5+3.0) =28.7/4=7.18)

Kritik Keseluruhan: " SATU naskah komedi berunsurkan elemen perubatan yang agak menggelikan hati penonton dengan gelagat ditunjukkan pelantun heronya, Kim Nam Gil sebagai Dr. Heo Beong Tak. Namun, plot yang kurang maju dan signikan di akhir cerita serta perubahan 'tempo' di pertengahan membuatkan perjalanannya sedikit hampa dan membosankan. SEKADAR untuk dihiburkan, tapi SUKAR untuk dikenangi."

1. Cerita  (6.5/10)

Bagi yang jarang menyaksikan drama berentak perubatan ini,  Live Up To Your Name tidak menyusahkan anda dengan terma-terma medikal yang rumit. Ia merupakan drama bertunjakkan kepada pertembungan antara dua doktor dari zaman yang berbeza melalui interaksi kimia antara mereka.  Heo Im seorang yang tamak haloba tapi juga seorang yang perfeksionis dan berbakat besar dalam ilmu perbuatan. Dia selalunya menjadi tempat rujukan rakyat berkasta rendah Joseon dan juga para bangsawan secara senyap-senyap untuk mendapatkan khidmat perubatan. Hal ini kerana, Heo Im dilahirkan daripada kasta yang rendah, maka dia sering diketepikan untuk pemilihan sebagai tabib istana.

Suatu hari, Heo Im dipanggil wakil istana untuk menemui “VVIP” di mana dia diminta oleh tabib diraja bagi mengubati penyakit stress. Namun, entah apa yang jadi, tangan Heo Im terketar-ketar dan tak mampu menghulurkan jarum akunpuntur ke arah raja Joseon tersebut. Baginda berang kerana menyangka Heo Im adalah tabib palsu lalu memerintah Heo Im ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Heo Im dikejar oleh pengawal istana sehingga ke jambatan sungai, dia dipanah oleh seseorang. Heo Im bangkit dari pengsan dan terkejut mendapati suasana di sekeliling nya berbeza. Dia sekarang berada di zaman moden Joseon lebih 500 tahun akan datang.

Di sinilah bermulanya cerita menarik mengenai drama ini. Kim Nam Gil menggayakan Heo Im seolah-olah anda melihat seorang wanita menggedik  tetapi diluarannya jelas seorang laki yang macho. Dengan riak muka yang ibarat rusa masuk kampung, Heo Im pastinya membuatkan anda tidak kering gusi mentertawakan gelagatnya yang sengal lagi-lagi bagaimana dia mempamerkan aksi yang mencuitkan hati seperti  turun naik eskalator berulang kali, menghirup udara penyaman udara, dan sebagainya. Hakikatnya , dia tak percaya dia berada di dunia yang berbeza , maka gambaran wataknya ditunjukkan sedemikian.

Interaksinya dengan Choi Yeon Kyung, doktor dari zaman moden juga agak menarik untuk diketengahkan. Kedua-duanya mempunyai misi yang sama, menyelamatkan pesakit secepat mungkin. Choi Yeon Kyung trauma dengan akupuntur kerana dia pernah menyaksikan datuknya gagal menyelamatkan ibunya yang terlantar sakit dengan teknik tersebut sehingga membawa kepada kematiannya. Pertembungan mereka bakal menyaksikan bagaimana Heo Im menyakinkan Yeon Kyung dengan kemahirannya di saat-saat genting ketika pesakit perlu diselamatkan.

Drama ini bukan saja menarik melalui gelagat Heo Bong Tak, tapi juga kerana adegan lompat-melompat antara zaman Joseon dan juga zaman milenia yang sentiasa membuatkan penonton terpegun dan suspens tatkala Heo Beong Tak berhadapan dengan kematian. Ironinya, apabila Heo Bong Tak mati, barulah dia berpindah melalui dimensi masa samada ke Joseon, mahupun ke zaman milenia. Mereka boleh ikut Heo Bong Tak merentasi masa dengan syarat dia mesti memegang erat tangannya. Di samping idea cerita peralihan zaman ini, penonton juga dapat mempelajari teknik-teknik tertentu akupuntur selain kagum dengannya yang mungkin agak berkesan dalam menghilangkan penyakit stress, stroke dan sebagainya. Sudah pastinya, ianya digembar-gemburkan untuk tujuan dramatik sesuatu drama. Tapi, sekurang-kurangnya ianya suatu alternatif perubatan sedia ada jika mereka yang tak mampu mengeluarkan belanja duit untuk rawatan moden.

Berbalik pada jalan cerita secara keseluruhannya, elemen fantasi dan logik sesuatu cerita memang jarang diletakkan seiring bersama. Selalunya, ianya diterima umum asalkan menghiburkan mereka yang menontonnya. Drama ini menjadi lebih baik jika ditanamkan kekuatan elemen penceritaan lebih dramatik pada kedua-dua zaman ini yang membawa kesan kepada pentingnya ilmu akupuntur di masa depan, misalnya. Penjelasan adegan 'lompatan' dari zaman ke zaman tersebut juga kurang kena pada plot yang dibentangkan. Selain itu, drama akan jadi bosan sekiranya Dr. heo bong tak keluar daripada 'gelagat' sengalnya. Perubahan tempo ini perlu dititikberatkan terutamanya menjadikan ianya lebih dramatik walaupun kurangnya elemen komedi dalam sesuatu plot tersebut. Akhir sekali, Penulis juga tak menekankan aspek atau mesej boleh diperolehi yang mana ia tampak sekadar hanya untuk menghiburkan setakat ini.
                                    
2. Keberkesanan Lakonan (7.0/10)


Kim Nam Gil - Dr. Heo Bong Tak
Kim Nam Gil sekalu Heo Bong Tak yang sengal dan ‘gatal’ tapi juga berhati baik. Ianya sudah semestinya datang daripada lakonan Kim Nam Gil yang tak perlu menyerlahkan emosi berlebihan, hanya dengan gelagatnya saja terus menyebabkan kita ketawa hingga tidak kering gusi. Namun, kekurangannya jika perubahan tempo perwatakannya - yakni dari klimaks ke emosi paling bawah sekali. Kim Nam Gil seolah-olah kurang menterjemahkan 'mood' suramnya menjadi sesuatu yang menarik hati seterusnya membuatkan wataknya jadi hambar seketika.


Kim Ah Joong - Choi Yeon Kyung [Best Actress]
Aktress ini mampu menggayakan lakonan berunsurkan komedi romantik dengan cara tersendiri. Boleh dilihat bagaimana beliau tak terlalu keterlaluan dari segi penyampaian emosi dan lebih anggun, tapi elemen 'feminism' juga tak dapat diketepikan melalui gerak tubuhnya. Kim Ah Joong berjaya menjadikan Yeon Kyung seorang doktor yang disenangi bukan saja kerana karakter 'tegas'nya , tapi 'kecomelannya' apabila sudah jatuh cinta dan menyerahkan dirinya pada seseorang.  Satu yang kurang pasti daripada perspektif saya adalah saya nampak lakonannya sedikit 'fake', tetapi apapun keseluruhannya boleh diterima.

Tiada yang banyak boleh dikupas melalui watak-watak pembantu.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.7/10)
Teknik pengarahan drama ini tidak banyak keistimewaannya melainkan ianya sesuai dengan cerita berentakkan komedi yang disadurkan dengan elemen fantasi serta bertemakan perubatan.

Antara yang menarik ialah  visual yang agak memuaskan tentang interaksi kimia antara Dr Heo Bong Tak dan Dr. Choi Yeon Kyung, menampakkan seolah-olah mereka betul-betul sedang bercinta.

Satu yang agak boleh dipuji adalah penggunaan skor muzik instrumental yang sangat sesuai bagi sesetengah adegan dipaparkan terutamanya penggunaan muzik retro bagi memperhebatkan adegan gelagat sengal melibatkan Dr. Heo Bong Tak.

[Best Original Soundtrack - Instrumental]

4. Skor muzik (4.5/5)


  • Jaejung Parc - Not Gonna Wait

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
Mungkin boleh ditonton jika ingin diamati gelagat heronya.

Rating Keseluruhan Drama: (6.5+7.0+7.7+4.5+3.0) =28.7/4=7.18)
Nomination: Kim Ah Joong

No comments:

Post a Comment