Wednesday, 27 December 2017

Goblin_trexxxxxi

Goblin
oleh trexxxxxi



 Rating Keseluruhan Drama:  (9+9+8+4+4) =34/4=8.5)
1. Cerita  (9/10)

Kim Shin seorang warrior Joseon Dynasty, serving young king Wang Yeo yang akhirnya sebab dihasut Sida Park, telah bertitah supaya Kim Shin dibuang negeri jangan balik mai Joseon dah.

Nak dijadikan cerita sedih lagi, satu hari Kim Shin balik ke Joseon dengan armada perang dia yang setia. Lepas menang beratus peperangan... Kim Shin balik sebab rindu ibu pertiwi dia. Rindu dekat adik dia Kim Sun yang dikahwinkan dengan King. Queen awal-awal melarang King, jangan termakan hasutan Sida Park.Tapi King kata Queen yang dah dihasut abang sendiri. Sampai derhaka dengan dia sebagai King, sebagai suami. Masa ni Queen tau dah, bila abang dia dijadikan target... next target adalah Queen. Queen sayang sangat kat King, sanggup mati sebab cinta.

Peralihan plot cerita, Kim Shin mati. Dia dipuja oleh rakyat Joseon yang mengagungkan dia... yelah pahlawan kan... dan dia jadi immortal.

Beberapa ratus tahun lepas tu...  dia jumpa Eun Tak. Ikatan istimewa bila Eun Tak boleh panggil KS hanya  dengan padamkan api. Dan rupanya Eun Tak boleh nampak pedang yang tercacak di dada KS tu sejak awal lagi, sejak memula jumpa. Tapi dia punya acting macam tatau pape je.

I'm not believer of reincarnation. Tapi sebab dari kecik memang suka tengok culture and religion other races macam mana..  dah terbiasa. Rasa unik.


2. Keberkesanan Lakonan (9/10)


1. Gong Yoo [Best Actor]
Perang mulut, dalam hati ada cinta sampai KS terlepas cakap pada JET yang namjachingu dok ada ja depan mata JET. Bila JET marah mana dia? Takde pun? Terus tala muka sendiri - Na! (Saya!) Grim reaper masa ni speechless hahaha.

Sebab bercinta dengan budak bawah umur, maka ada issue dengan Knet.  Lol sejak bila Knet suka diam je. Memang banyak jugak hencapan pada couple ni.

Goodbye my lovely Ddokgaebi bride- Tulisan KS pada tanglung bila JET mati accident selamatkan budak tadika.

Bila adik dia mati, pastu King dia departs to hereafter, dia tulis tanglung jugak..
doakan kebahagiaan depa bila reincarnated nanti.

Separation is hard. Even harder when that's including our loved ones.



2. Kim Go Eun [Best Actress]
Ji Eun Tak yang sebatang kara. Missing soul yang setiap 9 tahun akan jumpa grim reaper. Acting KGE dalam ni as JET sangat impressive. Dia punya eye contact, body language.. bahkan spontaneous act dia (adlib) pun tak menghampakan. Sebab dia bole nampak ghost, jadi memula dia ingat KS tu ghost. Bila dah lama baru dia tau that Ahjussi is Ddokgaebi, and she's his bride. Mau tak mengamuk kawan tu, orang minta duit, kerja dengan namjachingu. Tapi habukkkk pun tarak!

3.  Kim Min Jae [Best Supporting Actor]
Young King Wang Yeo. Dia punya acting memang fuhh menjadik, rasa geram dengan kedunguan young king ni. Tak nampak orang nak tolong selamatkan dia  Dah kena brainwash dengan Sida Park.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)



Dalam drama ni banyak beautiful sceneries, so storyline each episodes dalam Goblin ni dapat disampaikan dengan lebih mendalam, dekat di hati. DOTS pun kalah oii..
   
Macam scenes di pantai, scene reunion JET dengan KS lepas 9 tahun.. scene dekat buckwheat farm yang JET accidentally terikut KS tu.. part KS dok indenial JET tu ddokaebi bride. Body language every leading actors pun.. kuat sangat kimia depa dalam Goblin ni.

   
4. Skor muzik (4/5)
Aku suka semua lagu dalam Goblin. Lelagi lagu Ailee.



Pastu lagu Punch dengan Chenyeol ni.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Memang aku dah bole hafal storyline Goblin ni.

 Rating Keseluruhan Drama:  (9+9+8+4+4) =34/4=8.5)

No comments:

Post a Comment